Cuti-cuti @ Perak - 22 Disember 2012
Jalan lagi, kali ni bwk family pegi perak plak, jalan sakan tahun 2012 ni, plannya nk pegi Gathering member forum kt Ulu Kenas, tapi jalan jem teruk time tu nk cuti Krismas, dah lewat petang baru sampai Perak, so terpaksa batalkan nk pegi gahtering tu, terus ke Taiping.
Sampai sana dah lewat petang terus check-in Hotel Seri Warisan Taiping
Best hotel ni sebab masih baru, cuma yang tak bestnya kalau dpt view belakang bangunan lama kat belakang hotel tu, lagi satu pakej hotel ni sekali dgn sarapan pagi, tempat sarapan tu amat la kecik, klau peak hours rasanya mau sendat dengan org.
Lepas lepak2 kejap kat hotel tu, kita org pegi Dinner, nak try makan famous Kuey Teow kat Taiping ni, korang cuba la Google Doli Kuey Teow, memang teramat famous kat Taiping ni, aku tak tau sgt, ni semua keja wife aku, dia yg rajin cari tempat² makan yg best klau pegi mana². Set je GPS terus pegi.
(Yg ni gambar dari kamera Phone.. kualiti kureng skit)
Masuk je kedai dia, penuh dengan orang, kena duduk tunggu kat meja orang yang dah nk abis makan.
Menu kat sini tak banyak pun, ada la dalam 3-4 menu,
Pekena Kuey Teow Special. (RM 10.00)
Kuey Teow ni kering pasal yang basah berkuah tu panggil Char Kuey Teow, nampak menyelerakan, tapi bagi pendapat peribadi aku, takde la best sgt. biasa² je, perasanya kureng, & klau kat tempat lain, order Kuey Teow special ni biasanya udangnya mesti besar², yang ni guna udang kecik je. Mungkin sebab dah tak termampu nk kekalkan rasanya disebabkan pelanggan yang terlalu ramai dlm satu masa. Ini teguran membina bukan utk menjatuhkan.
Dah keyang kita orang pegi plak Night Safari Zoo kat Taman Tasik Taiping.
Konon² nak tengok binatang waktu malam, beratur tunggu keretapi bwk round Zoo, tapi orang ramai sangat beratur, last² aku dicide jalan kaki je ronda Zoo memalam buta tu.
Tu antaran gmbr suasana & binatang yag aku shoot, rasanya klau nk tengok binatang, baik pegi siang² lagi puas tengok, malam² gelap tu tak puas nk tgk, cuma suasananya je yag beza.
Lps tu layan anak² bergambar plak..
Dah puas jalan², kaki dah penat, apalagi, balik tido la.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment