Monday, January 21, 2013

Holiday 2012 - Part 1

Cuti sekolah 2012 baru ni tahun yang paling sakan bawak anak² gi holiday, lama dah tak bawak family pegi bercuti, sebab bila anak dah bersekolah ni mmg susah nk plan pegi bercuti, semuanya kena tunggu cuti sekolah, dah wife pun cikgu, lagi la susah.

Tapi bila time cuti sekolah nak pegi bercuti ni al-maklum la, semua tempat penuh sesak dgn orang. Wife plan ajak pegi Genting time cuti sekolah ari tu, walaupun dah banyak kali aku pegi sana, tap sebab anak² tak penah pegi lagi, aku setuju la bwk diaorg pegi genting. Kasi pengalaman baru naik Cable Car kat anak².

Pegi Genting 11 November 2012

Sampai kat stesen Skyway tu, Ammar dah nampak favorite dia Si Optimus Prime ni



















Sakan la di nak bergambar, (Ammar & Ummi)






















Beli tiket Cable Car, kat tempat tiket tu tak ramai org, naik tingkat atas, tengok² perghhh.. seramai-ramai nya org tengah "Q" nk naik cable car.






















Sejam beratur baru dapt naik cable car...











































 Time naik tu, hujan la,






















 Sampai kat atas tu, pun masih hujan, so tak banyak la aktiviti yang boleh dibuat, so ronda² Indoor je la..
























































































(Ammar yg Shoot ni)






















 Penat jalan², pegi makan, lps tu kita org turun balik,
Sampai kat bawah sambung ambik gmbr dgn Optimus ni














Ok la, kalau setakat nk bawak anak-anak pegi jalan-jalan, tapi pegi genting ni byk belanjanya, psl serba-serbi mahal kat atas tu, dgn makanan mahal, klau pegi nak main taman tema dia siapkan je la duitnya, merengek jgk la Si Ammar nak main taman tema, tapi hujan, tak leh main, (nasib baik la kan..)
 
Just nk bagi anak-anak rasai pengalaman baru...
 
 



No comments:

My Blog List