Wednesday, January 23, 2013

Cuti @ Perak - Sambungan...

Sambungan dari post sebelum ni, hari ke-2 kat Perak.

Lepas breakfast kat hotel tu, kita orang pegi Taman Tasik Taiping, aku penah 2 kali Shoot Outdoor Wedding kat situ, kali ni bwk family plak tgk kehijauan pokok² kt sana.

Taman ni mmg terkenal dgn Pokok² besar berusia ratusan tahun aku rasa, mmg cantik view dia.
Lepas tu kita org try naik bot keliling Tasik Taiping tu.


























Dalam bot tu ada kura² besar.






















Penat pusing² kt taman & tasik tu, Kita orang pergi checl-out kat hotel.

Lps tu pegi pekena Cendol Femes kat Taiping ni plak, ada 2 tempat yang femes, Bismillah Cendol & Ansari Famous Cendol,  dua² kedai ni takde la jauh sgt, aku try pegi kat Ansari Famous Cendol tu.






















Kedai biasa jer..






















Nampak menyelerakan cendol dia, banyak isi nya. Tapi rasanya biasa jer.. (Asyik biasa jer, sebab aku penah makan cendol yg lagi best pada ni)






















Lepas makan cendol tu, kena bwk satu tempat makan lagi yg wife aku dah lama sgt ngidam nak pegi kt Kuala Sepetang, makan Mee Udang plak. Makan lagi.....

Buat pengetahuan korang, kat kuala sepetang ni, Mee udang yang femes kat kedai Mak Jah, aku try pegi sana, tapi org punya la ramai, terus tak jadi, aku try la pegi kt sini..




















































Wife aku makan Mee udang idaman dia, aku makan Nasi Udang (mcm nasi ayam tapi lauk Udang)















Sekali lagi komen yang kurang memberangsangkan aku nk bagi, bagi aku rasanya mee & nasi ni teramat lah biasa je, cuma udangnya fresh je, mee udang kuala sepetang ni bagi aku gah sebab nama jer, tapi kualiti rasanya biasa jer, bagi aku lagi sedap mee udang kat Teluk Panglima Garang (bagi org yg berdekatan la). Mybe peniaga² Mee udang kt Kuala sepetang ni kena improve & maintain kan rasa keenakan mee udang mereka, buka gah dengan nama jer. Dan rasanya memang kebanyakan tempat² makan yg popular kt M'sia ni hanya gah sebab nama, tak dinafikan mungkin dulu memang sedap, tapi bila makin maju, dia org dah kurang jaga kualiti rasa. Tu je komen peribadi aku yg ikhlas..
 
Ok..lps makan, kita org gerak balik ke Shah Alam.. sekian cerita cuti 2012 ni, sambung cite 2013 plak lps ni..
 
Wassalam...
 
 
 
 

No comments:

My Blog List