Wednesday, January 23, 2013

Cuti @ Perak - Sambungan...

Sambungan dari post sebelum ni, hari ke-2 kat Perak.

Lepas breakfast kat hotel tu, kita orang pegi Taman Tasik Taiping, aku penah 2 kali Shoot Outdoor Wedding kat situ, kali ni bwk family plak tgk kehijauan pokok² kt sana.

Taman ni mmg terkenal dgn Pokok² besar berusia ratusan tahun aku rasa, mmg cantik view dia.
Lepas tu kita org try naik bot keliling Tasik Taiping tu.


























Dalam bot tu ada kura² besar.






















Penat pusing² kt taman & tasik tu, Kita orang pergi checl-out kat hotel.

Lps tu pegi pekena Cendol Femes kat Taiping ni plak, ada 2 tempat yang femes, Bismillah Cendol & Ansari Famous Cendol,  dua² kedai ni takde la jauh sgt, aku try pegi kat Ansari Famous Cendol tu.






















Kedai biasa jer..






















Nampak menyelerakan cendol dia, banyak isi nya. Tapi rasanya biasa jer.. (Asyik biasa jer, sebab aku penah makan cendol yg lagi best pada ni)






















Lepas makan cendol tu, kena bwk satu tempat makan lagi yg wife aku dah lama sgt ngidam nak pegi kt Kuala Sepetang, makan Mee Udang plak. Makan lagi.....

Buat pengetahuan korang, kat kuala sepetang ni, Mee udang yang femes kat kedai Mak Jah, aku try pegi sana, tapi org punya la ramai, terus tak jadi, aku try la pegi kt sini..




















































Wife aku makan Mee udang idaman dia, aku makan Nasi Udang (mcm nasi ayam tapi lauk Udang)















Sekali lagi komen yang kurang memberangsangkan aku nk bagi, bagi aku rasanya mee & nasi ni teramat lah biasa je, cuma udangnya fresh je, mee udang kuala sepetang ni bagi aku gah sebab nama jer, tapi kualiti rasanya biasa jer, bagi aku lagi sedap mee udang kat Teluk Panglima Garang (bagi org yg berdekatan la). Mybe peniaga² Mee udang kt Kuala sepetang ni kena improve & maintain kan rasa keenakan mee udang mereka, buka gah dengan nama jer. Dan rasanya memang kebanyakan tempat² makan yg popular kt M'sia ni hanya gah sebab nama, tak dinafikan mungkin dulu memang sedap, tapi bila makin maju, dia org dah kurang jaga kualiti rasa. Tu je komen peribadi aku yg ikhlas..
 
Ok..lps makan, kita org gerak balik ke Shah Alam.. sekian cerita cuti 2012 ni, sambung cite 2013 plak lps ni..
 
Wassalam...
 
 
 
 

Holiday 2012 - Part 2

Cuti-cuti @ Perak - 22 Disember 2012
 
Jalan lagi, kali ni bwk family pegi perak plak, jalan sakan tahun 2012 ni, plannya nk pegi Gathering member forum kt Ulu Kenas, tapi jalan jem teruk time tu nk cuti Krismas, dah lewat petang baru sampai Perak, so terpaksa batalkan nk pegi gahtering tu, terus ke Taiping.
 
Sampai sana dah lewat petang terus check-in Hotel Seri Warisan Taiping
Best hotel ni sebab masih baru, cuma yang tak bestnya kalau dpt view belakang bangunan lama kat belakang hotel tu, lagi satu pakej hotel ni sekali dgn sarapan pagi, tempat sarapan tu amat la kecik, klau peak hours rasanya mau sendat dengan org.
 
Lepas lepak2 kejap kat hotel tu, kita org pegi Dinner, nak try makan famous Kuey Teow kat Taiping ni, korang cuba la Google Doli Kuey Teow, memang teramat famous kat Taiping ni, aku tak tau sgt, ni semua keja wife aku, dia yg rajin cari tempat² makan yg best klau pegi mana². Set je GPS terus pegi.
 
(Yg ni gambar dari kamera Phone.. kualiti kureng skit)
Masuk je kedai dia, penuh dengan orang, kena duduk tunggu kat meja orang yang dah nk abis makan.
Menu kat sini tak banyak pun, ada la dalam 3-4 menu,
Pekena Kuey Teow Special. (RM 10.00)
Kuey Teow ni kering pasal yang basah berkuah tu panggil Char Kuey Teow, nampak menyelerakan, tapi bagi pendapat peribadi aku, takde la best sgt. biasa² je, perasanya kureng, & klau kat tempat lain, order Kuey Teow special ni biasanya udangnya mesti besar², yang ni guna udang kecik je. Mungkin sebab dah tak termampu nk kekalkan rasanya disebabkan pelanggan yang terlalu ramai dlm satu masa. Ini teguran membina bukan utk menjatuhkan.
 
Dah keyang kita orang pegi plak Night Safari Zoo kat Taman Tasik Taiping.
Konon² nak tengok binatang waktu malam, beratur tunggu keretapi bwk round Zoo, tapi orang ramai sangat beratur, last² aku dicide jalan kaki je ronda Zoo memalam buta tu.
 
Tu antaran gmbr suasana & binatang yag aku shoot, rasanya klau nk tengok binatang, baik pegi siang² lagi puas tengok, malam² gelap tu tak puas nk tgk, cuma suasananya je yag beza.
 
Lps tu layan anak² bergambar plak..



Dah puas jalan², kaki dah penat, apalagi, balik tido la.
 
Bersambung...

Monday, January 21, 2013

Holiday 2012 - Part 1

Cuti sekolah 2012 baru ni tahun yang paling sakan bawak anak² gi holiday, lama dah tak bawak family pegi bercuti, sebab bila anak dah bersekolah ni mmg susah nk plan pegi bercuti, semuanya kena tunggu cuti sekolah, dah wife pun cikgu, lagi la susah.

Tapi bila time cuti sekolah nak pegi bercuti ni al-maklum la, semua tempat penuh sesak dgn orang. Wife plan ajak pegi Genting time cuti sekolah ari tu, walaupun dah banyak kali aku pegi sana, tap sebab anak² tak penah pegi lagi, aku setuju la bwk diaorg pegi genting. Kasi pengalaman baru naik Cable Car kat anak².

Pegi Genting 11 November 2012

Sampai kat stesen Skyway tu, Ammar dah nampak favorite dia Si Optimus Prime ni



















Sakan la di nak bergambar, (Ammar & Ummi)






















Beli tiket Cable Car, kat tempat tiket tu tak ramai org, naik tingkat atas, tengok² perghhh.. seramai-ramai nya org tengah "Q" nk naik cable car.






















Sejam beratur baru dapt naik cable car...











































 Time naik tu, hujan la,






















 Sampai kat atas tu, pun masih hujan, so tak banyak la aktiviti yang boleh dibuat, so ronda² Indoor je la..
























































































(Ammar yg Shoot ni)






















 Penat jalan², pegi makan, lps tu kita org turun balik,
Sampai kat bawah sambung ambik gmbr dgn Optimus ni














Ok la, kalau setakat nk bawak anak-anak pegi jalan-jalan, tapi pegi genting ni byk belanjanya, psl serba-serbi mahal kat atas tu, dgn makanan mahal, klau pegi nak main taman tema dia siapkan je la duitnya, merengek jgk la Si Ammar nak main taman tema, tapi hujan, tak leh main, (nasib baik la kan..)
 
Just nk bagi anak-anak rasai pengalaman baru...
 
 



Sunday, January 20, 2013

Tahun Baru 2013.. Blog Lama diaktifkan semula.

Blog ni aku buat tahun 2008, tapi aku biarkan bersemak samun tanpa apa-apa up-date, tp tahun 2013 ni aku rasa mcm perlukan blog peribadi utk aku kongsi kisah perjalanan hidup aku, kat sini aku nk up-date apa jua kisah peribadi aku yang boleh dikongsi bersama buat renungan & arkib sejarah aku sekeluarga.

Moga blog ni terus aktif tanpa semak samun..

My Blog List